Dua tiga hari sebelum hati menjadi rapuh
Rasa tak berdaya nak pura-pura tiada apa
Akhirnya hari ini tewas juga dan aku berlari ke kamu
Air mata turun deras tiba-tiba
Tiada malu tiada segan aku nangis semahu-mahunya
Terus-terusan meluahkan rasa
Kamu dengar tanpa jemu
Air mata kamu kesat perlahan-lahan
Kamu rangkul aku ke dada
Memujuk dan terus memujuk
Cuba menenangkan segala kekusutan
Menerangkan sebab kenapa dan mengapa
Memahamkan aku apa itu erti ujian
Kerana kamu ada..
Hati sedikit terubat
Jiwa sedikit tenang
Fikiran sedikit waras
Dan perlahan-lahan aku faham
Putaran hidup dunia
Mungkin sekarang aku dibawah
Tapi esok lusa siapa tahu
Terima kasih cinta
Ada ketika diperlukan
Terima kasih cinta
Untuk telinga yang sentiasa mendengar
Terima kasih cinta
Untuk kata-kata yang dikeluarkan
Dan terima kasih cinta untuk segalanya
Pada hari semalam, hari ini dan mendatang
*** Terima kasih juga ke atasNYA yang mengurniakan kamu utk aku
No comments:
Post a Comment