Mari kita nilai...
Bila kau kata aku cantik
Aku hanya ketawa
Bila kau kata aku comel
Aku berguling-guling
Bila kau kata aku tak gemuk
Itu aku tahu kau tipu
Sebab dah makin berkilo-kilo berat aku
Cintailah aku kerna diriku bukan kerna rupa parasku
Kerna
Wajah cantik akan berkerut bila aku tua
Kecomelan yang ada juga akan hilang dimamah usia
Berat badan juga akan berubah-ubah mengikut selera makanku
Kau tak pernah berhenti memuji
Walaupun aku selalu kata kau tipu
Tapi hanya satu perkara yang paling aku percaya
Bila kau sering kata kau sayang aku
Sayang,
Walau macamana kau memuji
Aku tak pernah takbur
Aku bersyukur dengan kurniaanNYA
tapi aku hanya mahu kamu
Sayang dan terima aku apa adanya
***"Just the way you are" melodi hati kamu tujukan untuk aku..aku suka lagu itu ♥
No comments:
Post a Comment