"Buat baik di balas baik"
aku diam berfikir..
kalau dulu bolehlahkan
tapi sekarang
belum tentu baik yang kau beri baik juga kau dapat.
dulu aku terlalu lebihkan di sana
dari mereka yang di sini
aku utamakan di sana
dari mereka yang di sini
aku tapernah ambil peduli
apa pun rasa di sini
saat aku bergembira bersama mereka di sana.
tapi sejak hari itu
aku mula sedari
bahawa mereka di sini lebih pedulinya
bahawa mereka di sini lebih ikhlasnya
memberi tanpa pernah meminta balasanya
mereka yang dulu aku utamakan
perlahan-lahan merobek rasa
bukan ungkitan mahu dicanangkan
tapi geram jasa yang ditabur lupa begitu sahaja
bukan balasan yang aku pinta
cukuplah dengan sedikit peduli mahu menyapa
tapi haram, diam sahaja tanpa berkata..
** kalau ini rasa yang diberikan, jangan pernah mencebik bila di sini yang lebih aku utama
No comments:
Post a Comment