Thursday, October 6, 2011

Ujian

Akhir-akhir ini byk b'fikir
Mungkin kerana usia makin meningkat
Dan mungkin juga sudah puas di sana
Tapi aku tahu mahu hijrah ke arah baru bukan mudah
Kerna perlu kuat

Sejauh mana ujian yang datang
Cuba pandang kebelakang balik
Kadang-kadang manusia tasedar kalau tadiuji
Mengeluh dan letih dengan setiap dugaan
Dan ada yang tidak segan-segan menyalahi takdir

Tapi pernahkah kita fikir dimana kita letakkan DIA
Dikala kesenangan datang sebelumnya susah
Dikala gembira terukir sebelum datangnya derita
Adakah kita masih ingat pemberian itu datang dariNYA
Belum kira dosa-dosa dan noda yang kita buat

Jadi, salahkah diuji atas kesalahan diri sendiri?
Sedangkan kita dirotan kalau kerja sekolah tasiap
Apa salahnya ditarik nikmat agar kita bangun dari alpa
Sebenarnya kadang-kadang kita lupa semua yang kita ada hanya pinjaman semata-mata
Dan syukurlah kalau hati terbuka sebelum semuanya terlambat

No comments: