Hidup sebagai ayah tak mudah. Terutama ayah aku. Disalah ertikan dengan setiap perbuatan dan tingkahlaku. Dewasa aku makin mengerti. Walaupun hayat bersama kurang, tapi setiap moment bersama tak pernah kami sia-siakan. Kami lebih banyak berbicara tentang kehidupan. Tak salahkan sesiapa dan tak juga tuding jari pada sesiapa. Tapi ayah pernah kata, dia ni umpama kudis pada semua orang. Tak suka didekati, dikopek2 dari kulit lalu dibuang. Tapi cuba sekali kopek hidu sikit kat hidung??? Fuhhh bau sedapkan? Lalu ketawa.. Tapi dalam ketawa aku sedar ada takungan air mata cuma tak mahu tewas dileraikan. Ayah punya cita-cita besar. Mahu bahagiakan diri dan juga mereka yang dia sayang. Tapi ayah tak tahu nak tunjukkan. Ayah juga tak tahu nak mulakan dari mana. Hidup ayah lebih banyak dipandang enteng. Aku tanya kenapa ayah mampu bertahan? Sedangkan aku yang mendengar, pasti titis. Ayah terlalu jga aib orang, end up ayah disalah anggap. Ayah kata cukup sekadar anak-anak tahu ayah macamana, ayah dah mampu untuk kuat. Ayah slalu ingatkan supaya kami adik-beradik perlu sentiasa bersatu.
Kerana goyahnya global ekonomi minyak, aku terpaksa migrate kerjaya. Dari makan gaji tetap, kepada kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.hahaha macam ironik sangat bunyinya.. Yela kau apa tahu? Aku kot yg rasa. Tapi setiap yg jadi ada hikmahnya. Ayah jatuh sakit, minggu makan bulan duduk hospital. Alhamdulillah Allah hadiahkan aku sedikit masa untuk berbakti. Aku xperlu risau pasal cuti, pasal boss marah ke apa. Dan aku dikelilingi sahabat dan orang2 yang hebat membantu. Bila ayah tanya aku, "long, ayah ok?" aku hanya mampu cakap "ok, ayahkan kuat. nanti xlama lagi kita balik"... ayah hanya senyum dan cakap "jangan tipu ayah. sakit ayah seriuskan?" aku xde jawapan cuma lari menangis ke bilik air. Sungguh aku mengharapkan semua ok macam biasa, tapi jauh dalam hati, aku takut sangat kalau ayah pergi.
Bila ayah dibenarkan pulang, gembira bukan kepalang. Sebab nekad mahu cuba rawatan tradisional sebelum jalani kimo. Jutaan terima kasih pada ibu tiri dan keluarga yang berjauh bawa ayah berubat. Izin Allah ayah nampak perubahan sedikit. Lepas beberapa hari ayah berubat, aku bawa cucu kesayangan ayah. Iman walaupun kecil, bukan sekadar jadi hiburan kami semua, tapi dia juga pandai merawat ayah. Bila aku nak salinkan pampers, dialah yg ambil segala keperluan tanpa disuruh. Seharian Iman main dengan atoknya, raut wajah ayah nampak puas. Kami tidur semalaman bersama ayah. Kalau aku tahu, aku pasti tak kan pulang. Ayah pergi sehari selepas kami balik ke Melaka.
Hari terakhir aku bersama ayah, lepas Asar sama-sama aku minta maaf dengan ayah. Aku wakilkan sekali adik dan ibu aku. Ayah maafkan kami semua dengan angguk berkali. Aku tanya "yah ingat tak waktu kecil along slalu baring atas dada ayah?" ayah angguk sambil senyum. Hari tu, aku pinjam dada ayah sekejap, aku rebahkan kepala dekat dada ayah. Aku tahu mungkin ayah sedikit sakit, tapi dibiarkan sahaja aku. Kasih sayang ayah begitu tulus, sampai Allah hentikan nafasnya bukan didepan mata kami anak-anaknya. Walaupun ralat, tapi aku redha.
Perjalanan hidup ayah memang tak mudah, tapi akhir usianya Allah permudahkan. Tanggung sakit derita tak lama. Pergi dan pengurusan jenazah juga mudah. Syukur Ya Allah, atas kebesaranMU. Aku didatangi sahabat dan saudara jauh ayah yang sebahagiannya tak pernah aku kenal. Tak putus-putus cerita kebaikkan ayah disampaikan silih berganti. Jarak tak menjadi penghalang pada sahabat ayah, walaupun tidak menghadirkan diri..alhamdulillah rezeki ayah rata-rata tahlil dibuat untuknya. Ayah bukan siapa-siapa, tapi setiap kebaikkan yang dibuat itu adalah rahsia dia dan Allah. Kalau hidup sering dicaci, namun bila pergi Allah jaga baik aibnya sehingga hanya cerita baik-baik sahaja yg didengar. Semoga Allah mengampuni segala dosa ayah dan semoga ayah tenang disana.. aminnnn..
Kini, kehidupan aku dan adik-adik pula tidak mudah. Bila berdiam terus dicaci, bila bersuara dikatakan kurang ajar, bila bertahan dikatakan ego. Mudahnya manusia jatuh hukum. Bukan rasa diri terlalu baik, tapi aku sampai redha sedia menunggu mati. Sebab terlalu penat dengan penilaian manusia
#lelah
No comments:
Post a Comment