Monday, August 17, 2009

Hati Jangan Menangis Lagi

~TINTA HATI 9~

Semalam aku cuba cipta bahagia
Aku harap membuka cerita baru
Tapi ternyata engkau masih sama
Masih terus mendustai
Puas aku pujuk hati
Agar jangan terus menangis
Tapi hati degil
Tetap mahu menangis

Hati jangan menangis lagi
Jangan menangis kerana dia
Jangan rebah kerana dia
Jangan rentap kerana dia
Tapi hati degil lagi
Masih tetap menangis
Masih tetap sakit
Masih tetap mahu dia
Masih tetap rindu dia

Hati jangan menangis lagi
Pujuk diri hentikan air mata
Jadilah kuat seperti sedia kala
Jadilah kuat tanpa dia
Jadilah kuat tanpa rindu
Jadilah kuat tanpa kecewa
Kerana aku berhak rasa bahagia
Walaupun mungkin bukan dengan si dia

***jangan lukakan hati ini dgn masih b'kata kamu masih syg..aku benci dngr itu sma..krn aku mahu buang terus rsa utk kamu.

No comments: