Showing posts with label keluh-kesah hati. Show all posts
Showing posts with label keluh-kesah hati. Show all posts

Friday, July 22, 2011

Mati

~TINTA HATI 20~

Diam
Fikir
dan diam lagi

Sedar

Tapi rasa itu telah mati
Kau yang bunuh bukan aku yang menyerah
Malas nak kejar
Sebab kau tak pernah faham

Hari ini nekad
Mati..
Mati hati untuk kau


** Pergi jauh-jauh, kerna aku sudah bahagia

Thursday, July 21, 2011

penulis tegar

~ TINTA HATI 19 ~

Dulu aku punya masa
Merepek meraban segala rasa
Biarlah di mana saja
Walaupun kertas putih sudah comot rupanya
Aku tetap gapai pena mahu luah segala

Tapi kini aku dihambat masa
Tidak terkejar-kejar rasa yang ada
Cuma mampu simpan dibenak dalaman ini
Tidak dapat lagi ku kongsikan dengan pena

Hari ini aku mula rindu
Rindu pada setiap abjad2 yang aku susunkan
Menjadi kata, menjadi pelengkap sentence
Aku mahu itu, aku mahu ini
dan aku mahu kini
dan aku mahu selamanya di sini

Kerna aku tahu
aku dan pena
aku dan keyboard
sentiasa punya scandal
mari kita bercanda lagi
kerna aku mahu jadi penulis yang tegar


** biar buruk mana tulisan aku, biar buruk mna bhsa..tpi aku mahu teruskan :)

Sunday, January 30, 2011

Cinta Dulu Dan Sekarang

~TINTA HATI 18~

Kalau dulu aku rasa
Sukar untuk dicintai dengan org yang kita cintai
Tapi sekarang
Aku bercinta dengan org yang menyintai aku
Kalau dulu aku rasa
Cinta tak perlu hadir kalau hanya untuk mengecewakan
Tapi sekarang
Cinta kau adalah anugerah suci yang harus aku jaga
Kalu dulu aku rasa
Letihnya menghitung nilai apa itu cinta
Tapi sekarang
Baru aku sedar cinta itu bukannya objek yang boleh dinilai-nilai
Kalau dulu aku rasa
Cukup cinta dengan adanya rindu dan sayang
Tapi sekarang
Cinta juga perlukan doa, sentiasa mohon keredhaanNYA
Kalau dulu aku rasa
Cinta perlu berakhir dengan bahagia
Tapi sekarang
Cinta sebenarnya tidak perlu berakhir, biarkan sentiasa kekal selamanya

Sunday, January 9, 2011

Dulu dan Kini

~ TINTA HATI 17~

Bukan bercerita tentang cinta
Tapi tentang sesuatu yang berkaitan dengan masa
Masa dulu dan kini

Kalau dulu
Terbiasa bersama
Cerita bersama
Ketawa dan nangis bersama

Tapi kini
Kalau aku pilih ke kanan
Pastinya engkau akan pilih kiri
Kalau kita bercakap
Isinya semakin tak serasi

Aku diam
Tunduk memikirkan tentang apa yang pernah kita ada
Tapi sayang, semua dimamah masa

Sahabat...
Adanya tiada aku kini semuanya sama
Bukan niat mahu menyendiri atau tidak ambil peduli
Tapi dunia kita semakin berbeza
Berbeza hanya kerna sebab kita sendiri yang tahu

Aku tahu walaupun aku jauh
Ada insan yang akan menjaga
Ada insan yang akan mengambil tahu
Ada insan yang akan ambil peduli
Dan kerna itu
Aku tak mahu menjadi di ANTARA kalian
Maaf andai masa memamah kesetiaan persahabatan kita

*** tapernah lupa dan memang taakan lupa bahawa engkau adalah sahabat aku dunia dan akhirat

Wednesday, December 29, 2010

kehilangan yang terganti

~ TINTA HATI 16 ~

DIA
takdirkan aku kehilangan
berikan aku ruang untuk merawat
anugerahkan aku pertemuan

muhasabah..
kehilangan yang menyakitkan
masa yang lama untuk melupakan
anugerahkan kamu untuk kebahagian

teman..
jangan pernah salahkan takdir
jika apa yang dimiliki kini diambilNYA
kerna yang baik pasti menanti dihadapan

*** Untuk sesuatu yang terbaik, ianya mungkin mengambil masa dan memerlukan sedikit pengorbanan..

Saturday, February 20, 2010

Sekadar Merapu

~ TINTA HATI 15~

MaLam ini mahu meLepas rasa..
Berk0ngsi dengan kata-kata pena..
Hati cuba kau beritahu saja..
Jangan simpan terLaLu Lama..
Tapi bagaimana???

Aku b0Leh berbicara pada semua
Tapi tidak kepada kamu
Dan sekarang aku muLa kehiLangan kamu
Aku biar saja kamu terus pergi tanpa berkata
Eg0 sangatkah aku???

Tapi kini aku biarkan saja semua berLaLu
Kerana aku tidak nampak cara untuk bersatu
Cuma satu yang aku ingin kata dan sepatutnya kamu perLu tahu
DuLu, kini dan seLamanya..kamuLah si tenang itu
Kamu juga tahu aku panggiL kamu begitu...

***diaLah si tenang yg sntiase dihati aku..dan si tenang ituLah saja yg aku rindu..

Monday, October 19, 2009

Melepaskan

~ TINTA HATI 14~

Selama ni aku banyak bertanya
Tapi tak pernah ada jawapan
Tapi hari ini aku sedar
Aku juga mula tahu
Setiap apa yang terjadi
Pasti ada alasan

Aku takkan menyalahkan takdir
Aku juga takkan pandang kebelakang lagi
Aku yakin aku ada kekuatan itu
Biar tiada kau di sisi menemani
Aku pasti aku akan bahagia
Hari itu akan tiba

Kini, aku melepaskan...
Melepaskan rasa yang cukup lama aku simpan
Melepaskan segala yang ada di benak difikiran
Melepaskan semua kenangan yang tercipta
Melepaskan segala permainan yang penuh kepuraan
Melepaskan kesedihan yang tidak pernah henti

Aku bebas kini
Jiwa juga menjadi tenang
Terima kasih TUHAN
Kerana memberikan kekuatan ini

***aku yakin aku boleh membuka chapter yang baru..

Thursday, October 8, 2009

Kini Dia Ada

~TINTA HATI 13~

Dulu ketawa bersama
Menangis juga bersama
Semuanya kita kongsi bersama
Kita bahagia

Tapi kini dia ada
Kebahagian yang menjadi milik kita
Kau bagi padanya
Mana kau letakkan aku?

Kau datang kembali
Aku menyerah dengan rapuh
Tapi bukan datang selamanya
Semua kerana dia ada

Dulu tiada sempadan memisahkan kita
Tapi kini dia ada
Semuanya ada garisan antara kita
Kenapa mesti ada dia?

Kau tahu apa aku rasa
Aku juga tahu apa kau rasa
Tapi kenapa kau biarkan diri
Terus hanyut bersama dia?

***aku tak sekuat kau untuk menipu hati sendiri..sumpah aku masih cinta dan sayang kau..

Tuesday, September 15, 2009

hati kering

~TINTA HATI 12~

Aku takut menghitung hari
Fikirkan hari mendatang
Hari yang patut dirai bersama
Tapi kau tiada
Tapi aku tahu
Walaupun tak dinanti
Hari itu tetap akan ada

Tapi aku tak peduli
Kerana hati sudah kering
Aku dah tak kisah
Aku dah tak peduli
Biar kau tiada disisi
Tapi aku tetap akan riang
Mengukir senyuman
Meraikan kemenangan ini

***hari yg dinanti semakin hampir..aku cuba tenang waLau hakikat sbnar aku sgt gusar..

Thursday, September 3, 2009

k0s0ng

~TINTA HATI 11~

otak melayang
tidak tahu apa yang difikirkan
jiwa resah
tidak tahu apa yang dirasa
mata meliar
tidak tahu apa yang dilihat
mulut terdiam
tidak tahu apa yang perlu dikatakan
tangan menari
tidak tahu apa yang dicontengkan
semuanya kosong

otak jadi beku
jiwa jadi mati
jasad jadi kaku
mata jadi buta
mulut jadi bisu
tangan jadi terikat
semuanya sama masih tetap kosong

*** dunia aku jadi k0s0ng tanpa die..tpi aku harus kuat untuk terus meLangkah..

Tuesday, August 18, 2009

b0d0h

~TINTA HATI 10~

wey sape b0d0h?
aku?
kau?
dia?

aku b0d0h
sebab
mereLakan kau permainkan hati

kau b0d0h
sebab
mempersiakan aku

dia b0d0h
sebab
tidak pernah tahu siapa kau sebenar

tapi
kau Lagi b0d0h
kaLau kau rasa
aku akan terus menunggu
dan
meLepaskan aku terus pergi
kerana
sekaLi aku berubah hati
aku takkan pernah terfikir untuk kembaLi

***biLa hati muLa b'pLing m'nyanygi insan Len..masa e2 da t'LaLu Lewat utk aku kau miLiki..

Monday, August 17, 2009

Hati Jangan Menangis Lagi

~TINTA HATI 9~

Semalam aku cuba cipta bahagia
Aku harap membuka cerita baru
Tapi ternyata engkau masih sama
Masih terus mendustai
Puas aku pujuk hati
Agar jangan terus menangis
Tapi hati degil
Tetap mahu menangis

Hati jangan menangis lagi
Jangan menangis kerana dia
Jangan rebah kerana dia
Jangan rentap kerana dia
Tapi hati degil lagi
Masih tetap menangis
Masih tetap sakit
Masih tetap mahu dia
Masih tetap rindu dia

Hati jangan menangis lagi
Pujuk diri hentikan air mata
Jadilah kuat seperti sedia kala
Jadilah kuat tanpa dia
Jadilah kuat tanpa rindu
Jadilah kuat tanpa kecewa
Kerana aku berhak rasa bahagia
Walaupun mungkin bukan dengan si dia

***jangan lukakan hati ini dgn masih b'kata kamu masih syg..aku benci dngr itu sma..krn aku mahu buang terus rsa utk kamu.

Tuesday, August 4, 2009

sakit...


~TINTA HATI 8~

kepaLa berat
mata pedih
bibir membisu
kaki kaku
jasad terbang
jiwa k0s0ng
hati mati

**merenung seketika jendeLa

hati terus berkata
"aLangkah bagus jadi angin, hadir tidak terLihat tapi dapat dirasai"
"aLangkah bagus jadi peLangi, hadir seketika tapi tetap disukai"
"aLangkah bagus jadi suria, memberi kehangatan daLam dunia"
"aLangkah bagus jadi buLan, menyuLuh daLam kegeLapan"
"aLangkah bagus jadi bintang, sentiasa berkiLau di awan maLam"

tapi hakikat
aku bukan angin
aku hadir atau tidak..mereka tetap tak dapat rasa
aku bukan peLangi
Lama mana pun aku ada..mereka beLum tentu menyayangi
aku bukan sang suria
membakar diri sendiri..tapi tidak mampu menghangatkan
aku bukan buLan
bercahaya macamana pun..mereka tetap tidak perasan
aku bukan bintang
berkiLauan macamana pun..tiada siapa ambiL peduLi

***i'm tried to set them free..perhaps they'll listen now

mohon jangan pernah berubah

~TINTA HATI 7~

Aku ingin bercerita tentang hati
Hati yang makin sakit
Hati yang makin mati
Pada siapa aku mahu menjerit???

Kata orang tepuk dada tanya selera
Tapi bagaimana jika tiada rasa???
Rasa dulu yang ada makin hilang dihambat masa
Kau...memang salah kau..pergi tanpa tanda

Aku dah tak kisah engkau tiada
Kerana semua telah ku terima
Terima kasih menguji jiwa
Jadikan aku tabah hadap semua

Tapi kenapa sekarang?
Kenapa berubah semula?
Datang melafazkan kata sayang
Menggoncangkan jiwa dan segala rasa

Jika kau pernah menyakiti
Aku mohon jangan pernah berubah
Jangan cuba datang kembali
Kerana hati tidak mahu kembali bernanah

Namun jika kau mula menyedari
Aku mohon juga jangan pernah berubah
Tetapkan hati menyayangi diri ini
Kukuhkan cinta warnai semula hidup ini

Aku mohon jangan pernah berubah
Kerana aku mahu jiwa bebas
Mahu lenyapkan segala tangisan
Kerana aku memang penat!!!

***ketahuilah syg itu msh ade, nmun jika kau cuba p'mainkan..jgn hrp aku akn trs m'maafkn..krn hati da Ltey..aku mohon jgn dtg dan prgi s'suka hati..

Thursday, July 23, 2009

Hati Ini Jangan DiLukai

~TINTA HATI 6~


Teringat pada pertemuan pertama
Saat di mana kita bermula
Terpaut rasa mengatakan cinta
Sungguh aku rasa bahagia
Bertahun sudah menjalin asmara
Engkau mula datangkan curiga
Bukan aku cembura buta
Tapi engkau tunjukkan angkara
Aku bukannya sekadar boneka
Yang bisa diperlakukan sesuka hati
Jangan pernah khianati cinta
Hati in jangan dilukai
Jika benar tiada cinta
Kerana punca orang ketiga
Tak perlu sembunyi katakan sahaja
Kerana hati bukan permainan rasa
Aku rela hidup sendiri
Dari hati terus dilukai
Biarkan sahaja keindahan bersemadi
Kerna hati ini sudah mula mati

***aku d0k karang ayt nie msa tyme ngant0k giLer g training @ bukit jaLiL g0Lf n c0untry..erm mayb ape yg aku tuLis nie..aku tgh cuba nk crikan meL0di yg sesuai spya dpt dijdikan Lgu..

Thursday, July 2, 2009

Kau Atau Aku Yang Tak Mengerti

~TINTA HATI 5~

Hari ini kau datang lagi
Bila aku bertanya kenapa?
Kau cuma diam membisu
Lama kemudian kau bersuara
Hadirmu sekadar mengunjung
Singgah seketika untuk berbicara

Tapi aku tahu itu bukan jawapannya
Jiwa kau kosong fikiran kau buntu
Bukan aku saja yang tidak mengerti
Mungkin engkau juga begitu
Kenapa ya kau buat aku begini?
Datang dan pergi sesuka hati

Bila kusoalkan akan ada hati yang terluka
Engkau menidakkan kata tiada siapa bersamamu
Huh..bijak sungguh kau berpura
Kenapa ya kau masih terus menipu?
Tidak sedar aku tahu siapa kau sebenar
Hati sakit dengan sikap kamu

Terbuai aku dipelukkanmu
Walaupun tidak tahu apa yang menanti
Bukan sahaja mata yang buta
Tapi hati juga turut mengalah
Merelakan sahaja diri dalam permainan cintamu
Kenapa ya aku terus terbuai dengan madah?
Walaupun aku sedar engkau berdusta

***aku mmg tdk suka Die buat mcmni, tpi bla rindu m'nyeLubungi dan Die hadir tanpa diduga..aku tewas jga akhirnya

Sunday, June 21, 2009

Ingin Bersama Kamu

~TINTA HATI 4~

Aku tahu apa yang kau rasa
Memang aku ingin ada bersama
Aku sedar apa kau perlu
Memang aku ingin menyandangmu
Aku tahu sedih menyelubungimu
Kerana itu juga menjerat hatiku

Tapi pernahkah kau tahu
Aku memang tak boleh ada disana
Kerana aku tahu akan ada yang terluka
Walaupun hati cuba meronta
Tapi aku tetap tidak terdaya
Hanya doa kukirim sebagai tanda

Walaupun ada rasa antara kita
Simpan saja tanpa berkata
Kerana tidak mahu mereka terasa
Biarkan ia menjadi rahsia
Mungkin kita bukan untuk bersama
Biar persahabatan membuat kita bersama

***sahabat aku mmg ikhLas dLm persahabatan kita..apapun t'jadi aku tetap ada b'sma, wLupun engkau tdk prnh menyedari itu..

Saturday, June 20, 2009

Kenapa Ada Rindu

~TINTA HATI 3~

Disaat sendiri aku disini
Bayangmu hadir tanpa disedari
Walaupun hati ini berkali disakiti
Namun dirimu tetap dirindui

Sungguh sakit dengan rasa ini
Ku pendam seribu duka yang kau beri
Namun ego diri mengatakan yang ku benci
Walaupun sebenarnya kau tetap dihati

Jujur mulut kata kau harus pergi
Namun hakikat sebenar kau sentiasa dinanti
Masih adakah rasa cinta ini
Atau sekadar rindu yang menyelubungi

Biar apa pun kata mereka
Biar pun berkali kau lukakan
Biar pun jasad tak bersama
Namun rindu itu akan tetap ada

***Aku benci mencintai kamu...kerana aku tahu aku sakit tanpa kamu

Friday, April 3, 2009

kenapa ya?

~TINTA HATI 2~

ingatan sentiasa pada kamu..
kenapa ya?
buat apa saja ingat kamu..
kenapa ya?

keliru aku jadinya..
siapa kamu..
kenapa kamu..
sukar untuk aku leraikan..

kenapa..kenapa dan kenapa ya?
namun aku senang dengan kamu..
aku bebas berkata apa saja..
aku bebas jadi diriku..

adakah aku suka kamu?
tapi kenapa ya?
aku terus bertanya..
pada diri dan pada hati..
tapi tetap sama..
aku buntu..



***diruang ini "sahabat" aku geLar kamu..

Tuesday, March 31, 2009

biLa hati berbicara

~TINTA HATI 1~

Rasanya ingin bersuara
Tapi bibir terkunci
Pada siapa harus kulepaskan rasa?
Pada kamukah? Kamu...
Yang tak pernah ingin mengerti
Yang tak pernah cuba tuk mendengar
Dan juga yang tak pernah peduli

Biar saja rasa ini kusimpan
Biar saja hati yang berbicara
Namun bila hati berbicara
Hanya air mata jadi teman setia
Hatiku sakit..hatiku luka..hatiku berdarah
Semuanya kerana kamu
Kamu yang terlalu menyakiti

Tapi bila hati berbicara
Berbicara tentang kesakitan
Aku juga diselimuti satu rasa
Rasa yang amat aku benci
Rasa yang amat mendera hati
Dan rasa kerinduan itulah
Yang hadir tatkala aku ingin melupakan

Pergi..pergi..pergi..pergi kamu
Jauh dari pandanganku
Jauh dari fikiranku
Jauh dari hatiku
Aku sakit menyanyangi kamu
Kamu yang melukakan
Pergi tinggal aku sendiri


***kamu mmg xkan pernah taw tuLisanku ini..tpi disaat ini aku rebah rindu pada kamu..walaupun aku tahu kau mmg xkan pernah fikir aku disini..