Thursday, October 8, 2009

Kini Dia Ada

~TINTA HATI 13~

Dulu ketawa bersama
Menangis juga bersama
Semuanya kita kongsi bersama
Kita bahagia

Tapi kini dia ada
Kebahagian yang menjadi milik kita
Kau bagi padanya
Mana kau letakkan aku?

Kau datang kembali
Aku menyerah dengan rapuh
Tapi bukan datang selamanya
Semua kerana dia ada

Dulu tiada sempadan memisahkan kita
Tapi kini dia ada
Semuanya ada garisan antara kita
Kenapa mesti ada dia?

Kau tahu apa aku rasa
Aku juga tahu apa kau rasa
Tapi kenapa kau biarkan diri
Terus hanyut bersama dia?

***aku tak sekuat kau untuk menipu hati sendiri..sumpah aku masih cinta dan sayang kau..

No comments: