Thursday, July 21, 2011

penulis tegar

~ TINTA HATI 19 ~

Dulu aku punya masa
Merepek meraban segala rasa
Biarlah di mana saja
Walaupun kertas putih sudah comot rupanya
Aku tetap gapai pena mahu luah segala

Tapi kini aku dihambat masa
Tidak terkejar-kejar rasa yang ada
Cuma mampu simpan dibenak dalaman ini
Tidak dapat lagi ku kongsikan dengan pena

Hari ini aku mula rindu
Rindu pada setiap abjad2 yang aku susunkan
Menjadi kata, menjadi pelengkap sentence
Aku mahu itu, aku mahu ini
dan aku mahu kini
dan aku mahu selamanya di sini

Kerna aku tahu
aku dan pena
aku dan keyboard
sentiasa punya scandal
mari kita bercanda lagi
kerna aku mahu jadi penulis yang tegar


** biar buruk mana tulisan aku, biar buruk mna bhsa..tpi aku mahu teruskan :)

No comments: