~ TINTA HATI 17~
Bukan bercerita tentang cinta
Tapi tentang sesuatu yang berkaitan dengan masa
Masa dulu dan kini
Kalau dulu
Terbiasa bersama
Cerita bersama
Ketawa dan nangis bersama
Tapi kini
Kalau aku pilih ke kanan
Pastinya engkau akan pilih kiri
Kalau kita bercakap
Isinya semakin tak serasi
Aku diam
Tunduk memikirkan tentang apa yang pernah kita ada
Tapi sayang, semua dimamah masa
Sahabat...
Adanya tiada aku kini semuanya sama
Bukan niat mahu menyendiri atau tidak ambil peduli
Tapi dunia kita semakin berbeza
Berbeza hanya kerna sebab kita sendiri yang tahu
Aku tahu walaupun aku jauh
Ada insan yang akan menjaga
Ada insan yang akan mengambil tahu
Ada insan yang akan ambil peduli
Dan kerna itu
Aku tak mahu menjadi di ANTARA kalian
Maaf andai masa memamah kesetiaan persahabatan kita
*** tapernah lupa dan memang taakan lupa bahawa engkau adalah sahabat aku dunia dan akhirat
No comments:
Post a Comment