Bersabar untuk setiap kerenahku
Kalis dengan panas baranku
Tenang dengan maki seranahku
Kental memujuk rajukku
Terima kasih cinta untuk hari ke 365
Kamu yang terbaik pernah aku ada
Sentiasa setia untuk setiap keadaan
Sabar mengalah walaupun kadang-kadang aku yang salah
Tetap ada walaupun aku marah suruh kau pergi jauh-jauh
Terima kasih cinta untuk apa sahaja selama 365 hari
Aku tahu kau cuba keras untuk semua
Cuma kadang-kadang sikap keanak-anakkan aku menafikan semua
Padahal aku tahu kau memang benar
Tapi aku saja keras kepala tetap mahu menguji
Dan akhirnya aku tewas kerana ketenangan kau melunturkan segalanya
Terima kasih sayang,
Untuk 365 hari bersama
Aku mohon kau jangan pergi jauh-jauh
Kerana aku percaya kau untuk aku dan aku untuk kau..
**aku sayang kamu untuk 365 hari ini dan berikutnya..
2 comments:
selamat hari ke tiga ratus enam puluh lima hari kak gagah !
tqvm cayah gharib !
Post a Comment