Monday, November 21, 2011

Jangan hanyut dengan duniawi

Duniawi hanya sementara
Jangan terlalu obses sampai kau lupa tanggung jawab yang bakal di bawa ukurnya di sana
Jangan biarkan diri hanyut tenggelam dalam kegelapan
Carilah setiap ruang yang akan kau nampak lubang cahayaNYA

Kesusahan sekarang takan bererti kekal selamanya
Kesenangan yang ada jangan biarkan menyesatkan kita
Dunia umpama roda sentiasa ada masa di atas dan ada masa di bawah
Kuatkanlah diri dari setiap hina dina yang dilemparkan
Memang adat duniawi yang berkudis sentiasa dijauhi

Cinta manusia bukanlah sesuatu yang hakiki
Sedalam mana kau rasa indah cinta manusia, sebenarnya agung lagi cinta padaNYA
Jadi andai kau kecewa kerana manusia jangan ranapkan diri kerananya
Kalau masa bercinta kau obses sehingga serahkan segalanya
Maka kenapa tidak untuk cinta pada pencipta kita?

Andai dulu penah hanyut, jangan biarkan diri terus hanyut
DIA lebih tahu dengan setiap aturan yang diaturkanNYA
Jangan pernah menyalihi takdir
Yakinlah dengan kuasa Kun Fayakun
DIA berhak memberi apa yang DIA mahu dan
DIA berhak menarik apa yang DIA kurniakanNYA.


** Cinta terima kasih kerana sentiasa menarik dan mengingatkan aku untuk setiap langkah kejalanNYA





No comments: